top of page

Pengenalan dan Sejarah​

Kampung Kurong Tengar,

         Merupakan sebuah kampung yang di asaskan oleh dua kumpulan orang melayu yang berhijrah daripada dua daerah di selatan Thailand, Phuket dan Satun. Penghijrahan tersebut lebih berasaskan kepada pembangunan pelajaran yang pada ketika itu dikatakan lebih baik berbandingkan di negara Thailand. Kemudiannya diikuti oleh penduduk tempatan yang lain. Majoriti penduduk kampung ni beragama Islam.  Nama asal kampung  kong tengar diambil sempena nama pokok tengar yang sering digunakan sebagai ”kong ” (rangka) perahu. Namun masa yang berlalu menyebabkan kampung ini di daftarkan sebagai Kampung Kurong Tengar sehinggalah sekarang. Mengikut dari beberapa sumber, kampung ini diasaskan lebih kurang tahun 1915.

Gambar Pengasas Kampung
Surau pertama Kampung Kurong Tengar
               Mengikut sumber lain ada mengatakan nama asal kampung ini diambil sempena aktiviti membuat kurung daripada kayu tengar di dalam sungai disini bagi menyekat daripada gangguan buaya semasa menangkap ikan kerana ketika itu buaya masih banyak berkeliaran di dalam sungai tersebut.

© Copyright 2014 by KKT Design.

  • w-facebook
  • Twitter Clean
  • w-googleplus
  • w-youtube
bottom of page